Selasa, 25 Oktober 2011

episod cinta 2

Pagi dah menjelma,hariku bermula dengan senyuman saat aku membuka mata.keriangan dihati ini hanya tuhan yang tahu.walaupun diluar riuh dengan suara2 makcik yang membantu memasak untuk jamuan makan para tetamu,namun aku tidak menghiraukan semua itu.yang sangat pasti,hatiku berbunga-bunga setiap kali membayangkan gadis semalam,adakah gadis itu akan datang lagi pada hari ini?? oh tuhan,aku sangat berharap dapat melihatnya lagi.aku segera bangun untuk mandi,kmudian memakai baju t-shirt
putih kegemaranku dan kusarungkan pula jaket adidas berwarna hitam yang menjadi tabiatku.
seluar jeans biru gelap menjadi pilihanku.tidak ketinggalan rantai berjenama ku sarungkan ke leherku dan geang dan jam tangan hitam ku pkai di tangan kiriku.penuh semangat dan penuh gaya aku pada hari ini,tetamu semakin ramai,aku semakin berdebar.berharap dapat bertemu lagi dengan gadis yang bernama nurul itu,matahari semakin naik,gadis itu belum tiba lagi.aku sudah tidak berapa selesa duduk di bangsal itu lagi kerana aku menyedari banyak mata gadis2 memandang ke arahku,padahal aku langsung tidak tertarik untuk melihat mereka.aku cuma ingin melihat gadis semalam.aku mengambil keputusan untuk berpindah tempat.jauh dari pandangan orang tetapi masih boleh melihat pintu utama.akhirnya pengantin lelaki bersanding.aku amat kecewa sekali kerana gadis yang ku harapkan tak kunjung tiba.aku pasti suatu hari nanti psti aku bertemu denganya lagi.ohh tuhan,aku sangat merinduinya..pertemukanlah jodoh kami ya allah..
amiiiin ya rabb..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan