Selasa, 25 Oktober 2011

cinta pertamaku

Kisah ini bermula pada tanggal 26/Oktober/2005 dimajlis perkahwinan abang sepupuku.malam itu aku terpana pada satu wajah yang sangat menarik perhatian ku.ku perhatikan gadis yang berbaju kurung dan bertudung biru itu tanpa jemu.anggun,menawan dan mempersona sungguh penampilannya.keayuannya membuatkan aku berminat untuk mengenalinya.namun,apakan dayaku,aku sangat malu ketika itu.siapalah aku untuk berkenalan dengannya.aku dan sepupu-sepupuku duduk tidak jauh dari tempat gadis itu duduk bersama ibu dan saudaranya.aku agak tercabar apabila sepupuku juga mengiyakan kecantikan gadis itu,masing2 mereka merebutinya.Dalam hatiku lantas berazam untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi.kami terus memerhatikannya sampailah pengantin keluar untuk majlis berbedak.tiba-tiba gadis itu keluar dari rumah pengantin,seperti ingin menjawab panggilan telefon.aku sengaja keluar kerana belum puas memerhatikannya.rupa-rupanya ayahnya sudah berada diluar untuk membawanya dan ibunya pulang.Tiba-tiba satu suara anak kecil memanggilnya, "kak nurul..". dia mendapatkan anak kecil itu dan membawanya masuk semula.Alangkah bahagianya aku ketika itu saat aku mengetahui nama gadis itu.NURUL,ya,itulah nama gadis tersebut,gadis yang telah berjaya menawan hatiku,beberapa minit kemudian,majlis berbedak pengantin pun selesai,gadis itu pun pulang.ak sempat memberitahu sepupu2 ku bahawa gadis itu bernama nurul.sebelum dia memasuki kereta,sepupu2 ku melambainya tanpa rasa malu,"bye nurul..".Gadis itu kebingungan melihat kami semua.dia hanya tersenyum memandang sebelum menutup pintu kereta.Masing2 gembira walaupun hanya dibalas dengan senyuman.Oh Nurul..kau sangat mempersona dimata kami semua,pertama kali aku merasakan perasaan seperti ini,aku rindu sangat pada wajah itu.cinta pandang pertama kah ini????
jujur ku katakan,aku telah jatuh cinta padanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan